BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 21, 2011

Koleksi Drama Korea..

Haiii...

Merujuk pada tajuk di atas, aku boleh dikatakan banyak jugak la koleksi drama-drama korea ni. Drama-dramanya semua bertemakan "romantis". Cerita-ceritanya memang sweet sangat. Kalau aku dah muka tengok, samapai ke pagi la tak tidur. Sampai satu masa tu aku terfikir, kenapa hidup aku tak macam tu??..Best sungguh kalau dunia reality macam dalam cerita-cerita tu kan.


1. Full House

Ni cerita pertam sekali aku tengok masa mula-mula masuk UTM. Lepas je tengok cerita ni makin gian aku nak tengok cerita korea.  tengah  ulang tayang kat NTV 7 sekarang pukul 12. Sekarang tengah episod 14. Setiap isnin hingga jumaat.
2.  Princess Hour (Goong)

Crita ni dah 4 kali aku khatam dan tak pernah delete. Tersimpan dalam lappy dah berkurun. Cerita ni berkisarkan cinta yang diaturkan oleh datuk mereka. Berlatarbelakangkan kehidupan diraja dan rakyat biasa..

3. Coffee Prince

 Drama ni pulak pasal tomboy yang berkerja keras nak bantu keluarga. Satu hari ade satu coffee house baru buka, then dia kerja kat situ. Tomboy ni kawan baik dengan owner cafe tu. Lama kelamaan dorang fall in love..

4. Boys Over Flower (Korean Version)

Crita ni pulak banyak version nye.Diambil dari cerita Taiwan yang terdiri daripada pelakon F4. Si jelita telah menjadi rebutan diantara 2 jejaka.

5.Personal Taste

Yang ni pulak cerita tahun 2010. Best sangat. Si jelita pandai membuat perabot manakala si jejaka adalah arkitek.

5. Playfull Kiss

Ni cerita terbaru yang aku tengok. Cerita ni lebih kurang macam Cerita Princess Hour.Tapi bukan golongan diraja tapi dikalangan pelajar sekolah. Si jelita sangat clumsy dan si jejaki genius sangat. Cerita ni ade sambungan dia dalam Playfull Kiss Special Edition. Aku belum tengok lagi  full drama tap thriller dia aku dah tengok. Berkisarkan tentang kehidupan selepas kawin.

p/s: banyak lagi tapi ni antara cerita yang aku suke sangat so aku copy masuk dvd..dan menjadi simpanan untuk tontonan di kala busan..=)

0 comments: