BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 18, 2011

Rindu Universiti

Haii...

Masuk bulan ni dah 10 bulan aku tamat belajar kat UTM Skudai. Dah pun mem"busy"kan diri dengan kerja. Tak ada masa pulak untuk melepak sana sini mcam waktu belajar dulu. Tetiba rindu pulak, tapi tak mengapa kerana bulan depan akanku jejakkan kaki ini ke selatan tanah air.

1.  Tidur

Selama berada di bumi UTM, tidur adalah suatu anugerah. Asal dapat je waktu tidur, aku akan tidur sampai tak ingat dunia. Roomate aku pun sama, kadang-kadang bergilir-gilir tido..tak pun dua-dua hanyut dibuai mimpi.


2.  Penjaga Malam

Kenapa penjaga malam sebab aku suka sangat berjaga dari malam sampai ke pagi. Hal ni berlaku bila mengadap lappy samada untuk online, main games tak pun tenguk movie. Bila pagi orang tak akan nampak aku sangat sebab masa untuk membuta...


 
3.  Share dan Copy movie

Part ini bagus, sebabnya tak perlu beli CD kat kedai. Selalunya copy drama Korea beramai-ramai. Tak pun drama bersiri macam GOSSIP GIRL and etc. Sanggup tu datang jauh-jauh semata-mata nak copy cerita.


4.  Ketenteraan

Masa belajar dulu aku pilih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) sebagai aktiviti ko-kurikulum. Minat dengan dengar dapat elaun bila join tu yang buat aku daftar. Seronok sangat sebab banyak belajar bende yang selama ini aku tengok je tak pernah cuba pun. Kawan-kawan jangan cakap la,boleh kata setiap fakulti tu ade je kawan aku. Memang tak rugi aku join PALAPES.


5.  Bercuti

Melancong tanpa keluar duit. Sunguh seronok sebab orang bayar semua. Time tu pergi Pulau Tioman. Percutian seterusnya ke Genting Highland. Momen yang tidak akan dilupakan sebab pergi dengan kawan-kawan naik kereta.Cuma keluar duit RM100 je. Lain-lain org tanggung. Pergi berkelah dekat air terjun pun selalu jugak. Berkelah selalunye ad-hoc punye plan. Tak lupa juga lawatan 1 hari ke Singapore.

6.  Group

Aku ade group sendiri masa belajar dulu. Kitorang bagi nama GEDEGANG. menjadi sebutan juga. Kitorang akan bersama-sama kemana saja. Dengan dorang aku banyak belajar benda baru. Dengan keluarga masing-masing pon dah kenal. Macam adik beradik. Kami terdiri daripada 12 orang, 5 lelaki 7 perempuan.




7. Overnigth

Pertama kali overnight masa tahun dua. Duduk beramai kat tepi Pantai Lido. Kalau family masing-masing tahu, mati dikerjakan. Tapi kami tahu batas-batas seorang muslim. Bukan selalu buat, bila tengah stress je berlaku budaya overnight ni.

8.  Kelajuan Jalur Lebar

Kalau nak bandingkan wireless dengan broadband, bagus lagi wireless sebab kolej aku memang laju sungguh jalur lebarnya. Terima kasih kepada pihak kolej dan UTM sebab bagi kemudahan pada pelajar.

9.  Jelajah

Aku adalah orang yang tak boleh duduk diam dalam bilik. So bila rasa boring ajak kawan-kawan pusing sekitar bandar JOHOR BHARU. Boleh dikatakn segenap JB dah diterokai. Kadang-kadang aku jadi PETA pada kawan-kawan sebab selalu merayap.

10.  Lepak McDonald

Bende ni paling aku rindu. Sebab masa stdy week tahun akhir selalu belajar sampai pagi. So nak release tension konon selalu lepak McD. Selalunye time breakfast pagi-pagi buta McD dikunjungi oleh kitorang. Merasa la juga set breakfast beberapa kali.



Semua tu adalah kenangan. Adakah ianya akan berlaku kembali??? Tapi dasar baru kerajaan sekarang  sungguh best  sebab pelajar IPTA akan sambung semester baru bulan 9. Sungguh lama jangka waktu tersebut. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.



0 comments: