BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 3, 2011

HUT TENTERA DARAT KE-78

haihaihai.........

3/3/2011..tinggal beberapa minggu je lagi aku akan tamat latihan bersama CCM BERHAD dan juga PNB. aku dah rasa bosan dengan keje ni, so tak ade la sebarang rasa sedih or ap-ape sekali kategori perasaan untuk tinggalkan CCM ni..lupakan je la..buat sehabis baik sementra boleh..

1/3/2011..adalah HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KE-78. selamat menyambut hari TDM kepada semua jurulatih dan juga pegawai yang telah mengajar dan membimbing aku dan rakan-rakan sewaktu bergelar PEGAWAI KADET dari tahun 2007-2010. banyak ilmu yang mereka telah curahkan kepada kami. daripada tak tahu kilat kasut sampai la ilmu-ilmu medan perang diturunkan kepada kami..terima kasih sebab bertahan dengan perangai dan kerenah kami yang pada mulanya terdiri daripada 103 orang kepada 91 orang sewaktu ditauliah oleh RAJA MUDA PERLIS sebagai LEFTENAN MUDA di USM.

sempena hari tersebut, aku dan kawa-kawan telah menukar profile picture kami di fb kepada gambar-gambar sewaktu kami bergelar pegawai kadet. macam-macam gambar ade. semua berlumba-lumba nak tukar profile picture. teringat la pulak kenangan sewaktu menjadi "macaie"..ade yang kata rindu nak kena "hell" ataupon denda bahasa standardnye..

bila ingat balik. rasa bangga bila menjadi seorang tentera ini. kitorang akan menjalani latihan "kem tahunan selama lebih 4 minggu. 2 minggu latihan tempatan di UTM dan lagi 2 minggu latihan di medan iaitu di kawasan felda seperti FELDA WAHA & FELDA LOK HENG. bila buat latihan kat kawasan orang ramai ni, kita akan jadi perhatian sebab askar masuk kampung. banggan siot.

sepanjang latihan tu, aku tak boleh lupa aktiviti E&E..stand for hindar & lari..in english aku tak ingat la..
masa ni semua intake bergabung dari intake 17-18. aku intake 18 so junior la. latihan diadakan bagi memupuk semangat kerjasama diantara ahli kumpulan. sebabnya pegawai kadet akan dilepaskan pada waktu petang dan perlu melalui beberapa check point untuk menamatkan latihan dan bergelar juara. sungguh mencabar sebab kena berhati-hati jangan sampai kena tangkap dengan jurulatih. kalau tak kena mula dari awal. sampai satu masa tu kumpulan aku berjaya masuk dalam felda dan lalu umah orang waktu subuh. nak jadi cerita pakcik ni bangun siap bawa kayu hoki nak pukul.dia ingatkan pencuri..kesian pakcik dan family.terima kasih jua sebab bagi kami minum air.banyak lagi la cerita nye..kalau nk cerita tak cukup sehari..tapi aku tak lupa satu bende..pipi aku tertoreh dengan buluh,,wah ganass time tu..

ok lah..ape-ape pon minggu ni masih lagi HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT...hari minggu ni ade pameran dekat dataran merdeka..kat bawah ni ade sikit gambar-gambar skot aku..



latihan terakhir..pertahanan..belajar buat kubu yang sungguh memenatkan..pagi-malam korek kubu.

...CauCinCau...

0 comments: