BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 29, 2011

Setibanya d'UTM : Part 1

Hellooo...

hari ni aku nk update sikit pasal percutian di Utm minggu lepas. aku sampai kat skudai dalam pukul 5.30 petang lepas singgah Yong Peng angkut si Faridah. Masuk je skudai, banyak sungguh perubahan yang berlaku. aikk..tak sampai setahun pon aku blah dari UTM, dah macam-macam berubah..

Sampai je sana bukan reti nak masuk UTM terus, singgah dulu melawat JUSCO Tmn U. nasibla JJ tu tak bertukar rupa. jalan la kejap dalam JJ tu then lapar punye pasal belila sushi. banyak-banyak tempat yang jual sushi..kat JJ Tmn U ni je sushi dia harga RM 1.00, paling murah kot..dah lama ta makan rasa kembang plak tekak aku..

tempat lepak dulu kala

habis melantak sushi..perut still lapar lagi..seterusnya ajak si Faridah ke ayam penyet pinang..cadangnya nak ajak yang lain-lain skali diner kat situ, tapi fikir-fikir balik dorang easti dah muak ngan ayam penyet nih..berdua pon jadi lah..jadi dpt lepas rindu kat ayam penyet pinang nih...


paling best d'Tmn U

semua dah kenyang, melangkah masuk pula ke UTM. Fuuuyyyyoooo....banyak perubahan la..kebanyak bangunan semua dah siap..bangunan senget dan takde tingkap dekat depan FAB pon dah siap..cantik jugak bila dah siap.terpegun seketika ketika melintasi bangunan tu.

hotel a.k.a tempat tido kami adalah Kolej 11. memang kolej 11 je hala tujuan bile masuk UTM. sebabnya dorang punye bilik besar then duduk single. so senang nk tumpang..hahha..thanks guys sudi layan kami..

banyak kenangan tersimpan disini

selalunya lepas je parking kereta, bilik yang harus diterjah dulu adalah bilik Cud Cot..dan seterusnya bilik-bilik lain pulak..dah peluk cium semua skali tiba masa untuk berjimba pulak..nasib aku ngan faridah dah makan. sebabnya mereka semua nak makan durian malam tu..

lokasi untuk makan durian sangat la jauh..(tak jauh mana pon bg aku)..kat PANDAN CITY..kat mana tu ekk??..habis kena gelak dengan semua orang.."pandan city pon tak tau ka?" kata salah sorang dari mereka.



malam tu Cud leading sebab aku tak tau mana tempat tu. skali sampai sana,laaaaa...tempat ni ke.selalu la kau lalu tapi tak pernah masuk pon. sebab aku tengaok dari luat macam pasar borong kat Kip Mart Tampoi tu je..tu yang tak teringin nak masuk..bila dah masuk best rupanya..lebih kurang macam uptown tu..

ramai gak la orang kat sana..2 kali tawaf nak cari parking kereta.tanpa buang masa tunaikan dulu hajat utama ke pandan city iaitu makan durian..manis woo durian dia sebab durian kampung..datang dari pagoh.. kitorang makan smpai 5 kilo then uncle tu bagi free lagi sebiji..


sekilo = RM3

dah penat cuci mata, kitorang semua terus balik UTM sebab ada perkara yang perlu  disetelkan..hahha,,celebrate birthday mereka..suprise tak menjadi gara-gara pergi follow kete bomba pegi KRP..ingatkan ade orang nak bunuh diri ke ape..rupanya fire drill training je kot..ampeh tol..apa-apa pon plan yang dirancang on the spot menjadi iaitu mencuri dan menyelongkar bilik Cud Cot.. fuh..sakan dia maki hamun ngan nangis..siap call member kelas lagi cakap laptop hilang..hahha..tQ Mastum Qubit kerana menolong walaupun tengah buat discussion kat KTHO.

Fuhh.penat drive dari Shah Alam tak abis lagi dah kena drive pegi tebrau pulak..tak pe la demi korang aku sanggup...(o_o)

nanti aku update lagi kisah yang berikutnye...


...CaunCinCau...



0 comments: